Perjumpaan Kerjasama Antara GAS MALAYSIA, Kloth Care Dan SCoRE Melalui Tajaan Tong Fabrik Di UPM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Perjumpaan Kerjasama antara GAS MALAYSIA, Kloth Care dan SCoRE melalui tajaan Tong Fabrik di UPM

Perjumpaan Kerjasama antara GAS MALAYSIA, Kloth Care dan SCoRE melalui tajaan Tong Fabrik di UPM


Oleh:   Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)


SERDANG, 28 Julai2020 - Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE) telah menerima kunjungan dari GAS MALAYSIA dan juga pihak Kloth Care untuk membincangkan mengenai tajaan tong fabrik di UPM. Pihak GAS Malaysia diwakili oleh En. Kamal Ariffin Ibrahim, Ketua bahagian Jaringan Korporat dan Kloth Care diwakili
oleh Pn. Nik Suzila. Manakala SCoRE diwakili oleh Dr. Norzalina Zainudin, Dr. Zuroni Md Jusoh dan juga Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim.

Dalam perbincangan tersebut, pihak GAS Malaysia akan menaja satu tong fabrik di UPM di lokasi yang akan ditentukan oleh pihak UPM. Selain itu, sedikit penerangan ringkas diberikan mengenai operasi GAS Malaysia. Pihak Kloth Care juga menerangkan secara ringkas bagaimana mereka beroperasi dan juga apa yang dilakukan terhadap fabrik yang dikumpul.

Perjumpaan dan perbincangan tamat sekitar jam 4.30 petang.

 
     
 

     
     

Tarikh Input: 22/12/2020 | Kemaskini: 22/12/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
BVMQEeq:04:30