Perbincangan Program Kerjasama Antara SCoRE Dan SWCorp | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Perbincangan Program kerjasama antara SCoRE dan SWCorp

Perbincangan Program kerjasama antara SCoRE dan SWCorp

Oleh:  Normaziah Zulkifli
           Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)



CYBERJAYA,
27 Ogos 2019 – Satu perjumpaan antara pihak Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari (SCoRE) bersama dengan pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah diadakan pada 27 Ogos 2019. Perjumpaan ini bertempat di ruang bincang Bahagian Pendidikan Masyarakat SWCorp pada jam 9.30 pagi.

Dalam perjumpaan ini pihak SCoRE diwakili oleh 3 penyelidik SCoRE iaitu Dr. Norzalina Zainudin, Prof. Madya Dr. Shuhaily Osman dan Dr. Zuroni Md Jusoh. Manakala pihak SWCorp diwakili oleh Cik Sumatra Appavoo, En. Mohamad Fadzil Abd. Rahim, En. Muhammad Zahir Ab’ Aziz, dan En Mohamad Safri Abd Rahman.

Perbincangan ini telah berlangsung sekitar satu jam setengah dengan response dan hasil yang positif untuk meneruskan kerjasama bersama dalam beberapa program yang akan dirangka pada masa hadapan. Semoga usaha sebegini dan apa yang dirancang dapat dijalankan dan memberi hasil yang positif. Melalui perjumpaan ini pihak SCoRE membincangkan mengenai beberapa program yang akan dijalankan dengan kerjasama pihak SWCorp. Juga turut membincangkan mengenai bentuk-bentuk program yang lebih efektif dalam membantu dan mendidik masyarakat dalam pengurusan sisa sampah dan juga untuk menjadi lebih lestari supaya penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dilakukan.


 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 03/10/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1575658505