|
Perbincangan Persiapan Sambutan Program Semarak Merdeka UPM 2025@fem SERDANG, 22 Julai 2025- Satu sesi perbincangan khas persiapan Fakulti Ekologi Manusia (FEM) melalui Jawatankuasa Pertandingan Sambutan Semarak Merdeka UPM 2025@fem. Mesyuarat ini memberi fokus utama kepada aspek persediaan awal termasuk fasiliti, peralatan, prop bertemakan Merdeka serta pengisian aktiviti sepanjang minggu penilaian. Program ini dikendalikan oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian UPM selaku PTJ peneraju. Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Nurhanisah Sadun, Timbalan Pendaftar FEM, bersama pegawai P&P dan staf pelaksana FEM. Perbincangan ini turut menjadi platform percambahan idea dan sesi ‘brainstorming’ bagi menambah baik persiapan program serta memperkukuh komitmen warga fakulti dalam menyokong dan membantu PTJ peneraju mencapai keputusan cemerlang dalam pertandingan kali ini.
Pertandingan Program Semarak Merdeka UPM 2025 akan menampilkan tiga (3) kategori pertandingan, iaitu:
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2025 (Khamis), manakala sesi taklimat akan berlangsung pada 4 Ogos 2025 (Isnin). Pertandingan dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 15 Ogos 2025. PTJ yang muncul sebagai Juara Keseluruhan Semarak Merdeka UPM 2025 akan menerima Anugerah Keseluruhan PTJ Terbaik beserta hadiah wang tunai dan plak:
Selain itu, enam (6) Anugerah Khas akan turut dipertandingkan bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang PTJ yang mengambil bahagian, iaitu:
Untuk rekod, pada edisi tahun 2024, FEM berjaya meraih tempat ke-8 daripada 10 PTJ terbaik dalam Pertandingan Semarak Merdeka UPM. Kejayaan ini adalah hasil daripada komitmen padu, semangat kebersamaan dan kerjasama seluruh warga FEM — merangkumi staf akademik dan bukan akademik — yang telah menyumbang masa, tenaga dan sumber dalam menjayakan pelbagai aktiviti.
Bagi tahun 2025, FEM sekali lagi komited untuk turut serta dalam sambutan ini. Justeru, seluruh warga FEM dijemput untuk turut sama menyumbang dan menyemarakkan sambutan di peringkat fakulti sebagai lambang sokongan, solidariti, dan semangat cintakan negara. Berita & Foto oleh: Encik Mohd Aspah Kasim |
Tarikh Input: 25/07/2025 | Kemaskini: 25/07/2025 | aspah.kasim
