|
Pembukaan Kiosk Makanan Pertama FEM: FATIR Cafe UPM Serdang, 28 Januari 2026 – Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mencatat satu pencapaian penting dengan pembukaan kiosk makanan pertamanya, iaitu FATIR Cafe UPM (Briyani Al Baari), yang mula beroperasi secara rasmi di Bangunan ECO2, Fakulti Ekologi Manusia pada 28 Januari 2026.
Kiosk yang diusahakan oleh Fatir Catering Sdn. Bhd. ini diwujudkan bagi menyediakan kemudahan makanan yang lebih selesa, mudah diakses dan berkualiti kepada warga fakulti serta komuniti kampus.
Majlis pembukaan tersebut diserikan dengan kehadiran barisan staf FEM yang diraikan dalam satu jamuan khas makan tengah hari untuk warga FEM, sebagai simbol sokongan terhadap inisiatif kemudahan baharu fakulti. Pada sebelah petang, satu sesi buffet percuma turut disediakan kepada 2,000 pelanggan terawal.
FATIR Cafe UPM beroperasi setiap hari dan menawarkan pelbagai pilihan menu antaranya Briyani Al Baari, Nasi Kandar, Nasi Goreng, Tomyam Thai, Roti Canai dan Murtabak, Mee dan Kuey Teow, aneka naan, serta minuman panas dan sejuk.
Pembukaan kiosk ini mencerminkan komitmen FEM dalam memperkukuh kebajikan warga fakulti melalui penyediaan fasiliti sokongan, di samping menjalin kerjasama strategik bersama pihak industri. Berita oleh: Cik Nur Adlin Norazam Fotografi oleh: Media Fatir Caterer (Fatir Cafe UPM) |
Tarikh Input: 29/01/2026 | Kemaskini: 29/01/2026 | aspah.kasim
