Pelajar Muzik Menerima Geran Projects For Happiness, Khind Starfish Foundation | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Pelajar muzik menerima geran Projects for Happiness, Khind Starfish Foundation

Pelajar muzik menerima geran Projects for Happiness, Khind Starfish Foundation

SERDANG, 25 September 2020 - Pelajar-pelajar Bacelor Muzik daripada Jabatan Muzik, Fakulti Ekologi Manusia (FEM) Muhamad Haziq Bin Muhyidin dan Amin Nor Azim Bin Zainal telah menerima geran Projects for Happiness yang telah ditawarkan oleh Khind Starfish Foundation untuk melaksanakan projek komuniti yang bertajuk, Music Painting: Artistic Expression Through Percussion and Singing.

 

Diselia oleh Dr. Ang Mei Foong dan Dr. Indra Selvarajah, program yang berasaskan muzik ini bermatlamat untuk memanfaatkan komuniti B40 dan golongan keluarga miskin (Families Experiencing Poverty, FEP) dengan membantu mereka mendapat sokongan emosi melalui aktiviti-aktiviti muzik serperti nyanyian dan permainan gendang yang akan membantu menambahbaik taraf sosial mereka dan memberi impak positif terhadap komuniti tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/09/2020 | Kemaskini: 25/09/2020 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdAAc~