|
Serdang 23 Mei 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Majlis Gemilang Putra 2025 pada 23 Mei 2025 pukul 8:00 pagi bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM. Menerusi Majlis Gemilang Putra, UPM mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh kakitangan sepanjang tahun 2024 dalam bidang masing-masing untuk kecemerlangan universiti melalui penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Fellowship Naib Canselor. Antara anugerah yang disediakan adalah Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Pengajaran (AFNC-KP) dahulunya dikenali sebagai Anugerah Pengajaran Putra (APP) Universiti Putra Malaysia adalah satu inisiatif yang dimulakan pada 2007. Anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pegawai akademik yang mempamerkan kecemerlangan dan daya inovasi tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya memartabatkan profesion pensyarah. Penganjuran AFNC-KP merupakan wahana untuk mengenal pasti calon UPM bagi Anugerah Pengajaran, Anugerah Akademik Negara (AAN) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024, Anugerah Setia Putra yang dianugerahkan kepada pegawai yang telah berkhidmat untuk tempoh 20 tahun di UPM, Anugerah Bakti Putra , dianugerahkan kepada pegawai yang telah berkhidmat untuk tempoh 30 tahun di UPM, Anugerah perkhidmatan melebihi 40 tahun dan Anugerah Jasamu Dikenang bagi mengenang pegawai-pegawai UPM yang telah meninggal dunia pada tahun 2024 – 2025. Berikut adalah nama-nama penerima bagi pegawai akademik , pegawai P&P dan pegawai pelaksana Fakulti Ekologi Manusia,Universiti Putra Malaysia bagi edisi tahun 2025
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR PENGAJARAN * KATEGORI PENGAJAR CEMERLANG Sastera dan Sains Sosial
ANUGERAH JASA PUTRA 1.Cik Jora binti Deraman (Bersara Wajib)
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2024
ANUGERAH SETIA PUTRA
Pihak Fakulti mengucapkan setinggi tahniah dan syabas kepada penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Setinggi penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada penerima Anugerah Jasa Putra dan Anugerah Setia Putra.
Berita oleh : Encik Mohd Aspah Kasim (Pej.Timbalan Dekan, AAHEPA FEM) |
Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | aspah.kasim
