Majlis Apresiasi FEM 2019 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Majlis Apresiasi FEM 2019

Majlis Apresiasi FEM 2019

Oleh : Norhawati Saarani




SERDANG
, 2 Oktober 2019 - Majlis Apresiasi FEM 2019 telah diadakan pada 26 September 2019, Khamis di Dewan Seminar Al-Farabi, Fakulti Ekologi Manusia. Majlis ini dihadiri oleh warga FEM, beberapa orang mantan staf, pelajar dan tetamu jemputan iaitu Encik Mohd Norashedy Ab Rashid, CEO Usaha Jana Sdn. Bhd. (Alumni FEM).

Majlis Apresiasi ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga fakulti yang telah banyak memberi sumbangan kepada fakulti. Ianya juga sebagai pendorong kepada ahli fakulti untuk terus berusaha dengan lebih gigih dalam mencapai aspirasi universiti. Di samping itu, pengiktirafan ini diberi atas segala jasa, pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai staf fakulti khasnya dan UPM amnya.

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan FEM, Profesor Dr. Ahmad Hariza Hashim. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar warga kerja FEM menjunjung tinggi semangat kerja berpasukan, bersikap profesional dan mempunyai sikap penyayang sebagaimana yang akan menjadi budaya kerja di fakulti.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan koir oleh Kumpulan Ecovoice FEM dan persembahan muzik dari pelajar Jabatan Muzik, FEM.

Seramai lebih 120 orang tetamu telah menghadiri majlis ini.

Lihat lagi.


   
         

 

 

 

 

         

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

       

Tarikh Input: 02/10/2019 | Kemaskini: 02/10/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETOA5~