Kursus Kenegaraan, Kepimpinan Dan Kerja Berpasukan FEM 2025 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA eco1
» BERITA » Kursus Kenegaraan, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan FEM 2025

Kursus Kenegaraan, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan FEM 2025



LANGKAWI, 6–9 November 2025
 – Fakulti Ekologi Manusia (FEM) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan, Kepimpinan dan Kerja Berpasukan bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Langkawi, Kedah, dengan kerjasama Akademik Kenegaraan Malaysia sebagai fasilitator. Kursus ini melibatkan seramai 80 orang warga FEM, termasuk pegawai akademik, bukan akademik dan pelaksana, yang bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan dan semangat berpasukan di kalangan kakitangan fakulti.

Kursus ini dilaksanakan dengan fokus kepada beberapa objektif utama yang menjadi panduan pelaksanaan aktiviti sepanjang program, iaitu:

  1. Menyemarak semangat kenegaraan dalam kerangka Malaysia Madani di kalangan kakitangan FEM.

  2. Memberi pendedahan elemen kepimpinan kontemporari kepada semua kakitangan FEM.

  3. Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan perasaan kekitaan bersama dalam kalangan kakitangan FEM.

  4. Memupuk kreativiti individu dan berpasukan dalam pelaksanaan tugas.

Sepanjang kursus, peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif, latihan praktikal dan sesi perkongsian ilmu yang dirancang untuk memupuk kerjasama, kreativiti dan kemahiran kepimpinan. Aktiviti ini memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu secara langsung dalam konteks tugasan masing-masing.

Kursus ini diharap dapat menyuntik motivasi serta pengalaman baharu kepada kakitangan FEM, selain membolehkan mereka mengaplikasikan ilmu dan kemahiran kepimpinan terkini secara berpasukan dalam usaha memacu kecemerlangan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara keseluruhan dan Fakulti Ekologi Manusia secara khusus. - Tamat

Tarikh Input: 25/11/2025 | Kemaskini: 17/07/2026 | adlinnorazam

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
-
X, (12:03:00am-12:08:00am, 22 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]