Oleh: Prof. Madya Dr. Yeoh Pei Sze dan Jorainiah Deraman |
SERDANG - Konsert ‘New Frontiers’ atau Konsert Putra Piano Trio anjuran Jabatan Muzik telah berjaya dilaksanakan pada malam 5 Oktober 2018 di Galeri Serdang, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Acara ini dihadiri Naib Canselor UPM, Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris dan Naib Canselor UCSI University, Prof. Dato’ Dr. Khalid Yusoff. Seramai 150 penonton menghadiri konsert ini, termasuk juga dekan-dekan dari fakulti-fakulti lain di UPM.
Salah satu tujuan konsert ini adalah untuk menjana dana bagi Jabatan Muzik yang ingin meningkatkan taraf fasiliti untuk penggunaan pelajar-pelajar mereka. Konsert ini dipersembahkan oleh Putra Piano Trio yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh (UPM), Prof. Madya Dr. Chong Yew Yoong (UiTM) dan En. Lee Yin Hwa (UCSI). Antara komposisi yang dipersembahkan adalah komposisi Astor Piazzolla, Gabriel Faure, Chick Corea, dan gubahan lagu-lagu klasik P.Ramlee. Konsert ini terbuka kepada orang awam dengan tiket yang berharga RM 50 seorang.
Persembahan ini menglibatkan kolaborasi dengan institusi pengajian tinggi yang lain, amat digalakkan oleh Datin Paduka Prof. Dr. Aini Ideris. Beliau berharap bahawa konsert seperti ini boleh dipromosikan pada skala yang lebih besar pada masa hadapan.
|
|
|
|
|
Tarikh Input: 19/11/2018 | Kemaskini: 19/11/2018 | rozlita