KARNIVAL PENGGUNA DAN KOMUNIKASI Bertemakan Mahasiswa Perintis Pengguna Lestari | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » KARNIVAL PENGGUNA DAN KOMUNIKASI bertemakan "Mahasiswa Perintis Pengguna Lestari"

KARNIVAL PENGGUNA DAN KOMUNIKASI bertemakan "Mahasiswa Perintis Pengguna Lestari"

SERDANG - KARNIVAL PENGGUNA DAN KOMUNIKASI bertemakan "Mahasiswa Perintis Pengguna Lestari" anjuran Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia telah diadakan pada 30 Mac 2017 dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang bertempat Dewan Kuliah 3, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

Antara aktiviti program yang dijalankan adalah Forum yang bertajuk "Realiti Pengguna Kini dalam menangani isu Komunikasi & Multimedia".

Kuiz Pengenalan kepada Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM). Pertandingan "3 Minutes Talk" dan Pertandingan Esei.

Matlamat karnival program ini adalah bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang peranan CFM di dalam menangani aduan berkenaan telekomunikasi dan multimedia. Memberi pengetahuan kepada peserta tentang proses aduan yang betul mengikut saluran khas yang disediakan oleh pihak CFM.

Meningkatkan jaringan kerjasama di antara jabatan dan CFM seterusnya menggalakkan kreativiti pelajar di dalam menangani isu-isu telekomunikasi dan multimedia.

Di samping itu, karnival ini memberi peluang kepada CFM di dalam mempromosikan CFM kepada peserta di UPM.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 11/08/2017 | Kemaskini: 11/08/2017 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569004557