HEUTA’18 BUAIAN PEMIMPIN GLOBAL | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » HEUTA’18 BUAIAN PEMIMPIN GLOBAL

HEUTA’18 BUAIAN PEMIMPIN GLOBAL

Oleh:  Dr. Chan Cheong Jan




SERDANG
, 19 Ogos 2018 - Satu program mobiliti anjuran Fakulti Ekologi Manusia yang bertajuk "Heuta’18: Cross Border Classroom on Plural Existence" telah dilaksanakan daripada 19 hingga 30 Ogos 2018. Program ini disertai oleh 12 orang pelajar daripada Global Leader Course, College of Cross-disciplinary and Multicultural Studies, Kumamoto University, dan 16 orang peserta tempatan yang terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.

Program ini juga dijalankan serentak dengan projek penyelidikan pengajaran dan pelajaran GIPP yang bertajuk "Cross-boarder Learning of Plural Existence using Heutagogy through Long Distance Collaboration” yang diterajui oleh Dr Chan Cheong Jan dan Dr Ahmad Faudzi Haji Musib dari Jabatan Muzik, FEM, UPM.



Program ini juga merupakan aktiviti pertama di bawah penandatangan MOU antara Universiti Putra Malaysia dengan Kumamoto Universiti pada bulan Ogos 2018. Antara aktiviti yang dijalankan adalah forum, diskusi, lawatan ke Putra Edu Park, Hutan Simpanan UPM di Puchong, Bandar Melaka dan juga kerja lapangan berkumpulan yang meliputi tempat seperti Sekolah Kebangsaan Serdang, Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Mewah, Ampang, NGO Love and Respect, dan di beberapa tempat lain di Lembah Klang.

Turut bersama dalam program ini adalah Prof Madya Dr Joshua Rickard dari Kumamoto University. Jurulatih heautagogi yang terlibat terdiri daripada Puan Phyllis Toh Chze Woon dan Cik Wong Siao Ern, manakala timbalan jurulatih terdiri daripada Justin Chew Kah Kin, Chin Hooi Yan, Lee Shiwn Wei dan Keira Chin Pik Kei.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 25/09/2018 | Kemaskini: 25/09/2018 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdRAA~