|
Berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan, keputusan Anugerah Zon Terbaik EKSA FEM 2026 adalah seperti berikut: Tempat Pertama: Zon Pengguna (Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna) Tempat Kedua: Zon Masyarakat (Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan) Tempat Ketiga: Zon Keluarga (Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga)
Bagi Anugerah Ruang/Tempat Kerja Terbaik, penerima bagi setiap kategori ialah:
Sebagai usaha memperkukuh pembudayaan EKSA dalam kalangan warga fakulti, FEM telah menganjurkan Kempen Pembudayaan Kualiti EKSA FEM Siri 1 hingga Siri 3 yang diadakan pada setiap hari Jumaat sebelum pelaksanaan Penilaian Kendiri dan Audit EKSA. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong serta penyusunan ruang kerja secara menyeluruh di seluruh fakulti bagi memastikan persekitaran kerja sentiasa kemas, bersih dan kondusif. Di samping itu, warga FEM turut mengikuti Taklimat Pemantapan Pembudayaan EKSA yang telah disampaikan oleh En. Zamre Yaacob, Penolong Pendaftar Kanan, Fakulti Ekologi Manusia. Taklimat tersebut memberi penekanan terhadap pematuhan kriteria penilaian EKSA, amalan terbaik serta usaha penambahbaikan berterusan dalam membudayakan kualiti di tempat kerja. Bagi meningkatkan kesedaran warga fakulti, Jawatankuasa Promosi EKSA FEM juga telah melaksanakan empat (4) siri hebahan infografik promosi secara berkala sebagai medium peringatan dan perkongsian maklumat berkaitan amalan EKSA, sekali gus menggalakkan penglibatan aktif seluruh warga FEM dalam menjayakan agenda pembudayaan kualiti. FEM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ketua Zon, Ahli Jawatankuasa EKSA, warga fakulti serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang pelaksanaan Penilaian Kendiri dan Audit EKSA 2026. Semoga usaha berterusan ini akan terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang, inovatif dan mampan demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di Fakulti Ekologi Manusia.
Berita oleh: Encik Mohd Aspah Kasim Fotografi: Encik Ahmad Mustaqim Albakri |
Tarikh Input: 15/07/2026 | Kemaskini: 15/07/2026 | adlinnorazam
