FEM Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Menteri Besar Selangor | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA eco1
» BERITA » FEM Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Menteri Besar Selangor

FEM Perkukuh Kerjasama Strategik Bersama Menteri Besar Selangor



SHAH ALAM, 3 Mac – Pengurusan tertinggi Fakulti Ekologi Manusia (FEM) yang diketuai oleh Dekan FEM telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor pada 3 Mac 2026 di kediaman Menteri Besar bagi membincangkan potensi kerjasama strategik antara fakulti dan Kerajaan Negeri Selangor.



Pertemuan tersebut antara lain menyentuh cadangan penglibatan Menteri Besar Selangor sebagai penaja bagi penganjuran Seminar Antarabangsa FEM HEIC II, yang dijangka menjadi platform penting untuk menghimpunkan pakar akademik, penyelidik serta pengamal industri dari dalam dan luar negara.







Dalam pertemuan yang sama, FEM turut berkongsi perancangan beberapa inisiatif strategik fakulti termasuk pengukuhan jaringan Alumni FEM serta cadangan kerjasama dalam menyokong inisiatif kebajikan dan kecemerlangan pelajar melalui sumbangan Hadiah Pelajar.





Kunjungan ini mencerminkan komitmen FEM untuk terus memperluas jaringan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memperkukuh agenda pembangunan modal insan, penyelidikan dan kesejahteraan masyarakat.

Berita oleh: Puan Nurhanisah Sadun

Tarikh Input: 09/03/2026 | Kemaskini: 09/03/2026 | adlinnorazam

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
-
X, (05:56:46am-06:01:46am, 30 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]