|

SERDANG, 6 Mei 2026 – Fakulti Ekologi Manusia telah melaksanakan Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 pada 5 hingga 6 Mei 2026 sebagai usaha berterusan memastikan pematuhan dan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti fakulti.


Audit dalaman yang berlangsung di FEM itu melibatkan semakan terhadap proses kerja, prosedur serta pematuhan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti dalam kalangan warga fakulti. Audit berkenaan diketuai oleh Pn. Noorizajune Abu Bakar, Ketua Penolong Pendaftar dari Fakulti Pengajian Pendidikan selaku Ketua Juruaudit Dalaman FEM bagi tahun 2026.
Sepanjang audit dijalankan, semua warga FEM diminta memastikan proses kerja dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan selain bersedia sebagai auditi sama ada secara bersemuka mahupun dalam talian.


Sebagai penutup kepada pelaksanaan audit tersebut, Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman QMS ISO 9001:2015 FEM telah diadakan pada 6 Mei 2026, jam 4.00 petang. Pengurusan fakulti menghadiri mesyuarat secara bersemuka di Bilik Mesyuarat Dekan FEM, manakala warga fakulti yang lain turut menyertai sesi berkenaan secara atas talian.
Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen FEM dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, sistematik dan memenuhi standard yang telah ditetapkan di bawah pensijilan QMS ISO 9001:2015. -TAMAT-
Berita/Fotografi oleh: Cik Nur Adlin Norazam
|