Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park

Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park

Oleh:  Dr. Askiah Jamaluddin
          Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, FEM



SABAH
- Pada 14 sehingga 25 Oktober 2019 satu program kajian saintifik iaitu Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park telah dianjurkan oleh Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah bersama Sabah Park. Tujuan program ini adalah untuk melakukan kajian inventori flora dan fauna yang terdapat di kawasan Kadamaian. Ia juga bertujuan untuk meneroka sumber alam semulajadi yang mempunyai potensi peningkatan ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.  Pengarah IBTP iaitu Prof. Madya Dr. Monica Suleiman telah melancarkan program ini yang merupakan program tahun kedua. Pada tahun lepas, mereka menjalankan kajian saintifik di Imbak, Sabah. Kajian sebegini sangat menguji ketahanan fizikal dan mental sebagai seorang saintis. Saintis yang berdaya maju sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu dan penemuan baharu. Penemuan itu sewajarnya didokumenkan sebagai rujukan saintis dari tempatan dan luar negara.

Seramai 150 peserta menyertai program ini dan berlatarbelakangkan pelbagai bidang. Agensi seperti MARDI, Jabatan Perhutanan dan pelbagai universiti awam seluruh Malaysia terlibat dalam program ekspedisi ini. Saintis yang terdiri daripada pensyarah, pengkaji dan pelajar siswazah dalam bidang serangga, kelawar, tikus dan tupai antara saintis yang hadir. Begitu juga dengan saintis dalam bidang bunga orkid, lumut, paku pakis dan cendawan bergiat aktif melakukan kajian di kawasan Kadamaian ini. Penulis merupakan pensyarah dan pengkaji dalam bidang sosioekonomi (ekonomi keluarga dan pengurusan) berkesempatan menemuramah beberapa orang ketua kampung, pengusaha kraftangan, homestay komuniti dan belia yang menjalankan kegiatan ternakan kelulut. Penulis merupakan salah seorang daripada tiga wakil UPM yang telah dijemput untuk menyertai program ini. Oleh kerana semester pengajian sedang berlangsung, penulis hanya berkesempatan menyertainya selama seminggu. Program sebegini sewajarnya diadakan setiap tahun bagi mengumpulkan saintis dari pelbagai bidang, dan usahasama antara peserta memberi banyak manfaat.


 
Pengarah Prof. Madya Dr. Monica
memberi kata-kata aluan kepada peserta.
  Penulis menunggu giliran untuk menaiki 4WD dari IBTP,UMS ke Kadamaian.
     
 
Puan Maimun salah seorang pengusaha kraftangan dari Kg. Gansurai. Hasilnya dipasarkan di Pasar Tamu, Kota Belud.  

Suasana di Camp Site, lokasinya 6 km dari kemuncak Gunung Nopunggok.

     
   
Saintis bertungkus lumus menjalankan kajian makmal













   

Tarikh Input: 04/11/2019 | Kemaskini: 04/11/2019 | rozlita

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdMAi~