Bengkel TOT Kursus Falsafah Dan Isu Semasa Di FEM UPM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA eco1
» BERITA » Bengkel TOT Kursus Falsafah dan Isu Semasa di FEM UPM

Bengkel TOT Kursus Falsafah dan Isu Semasa di FEM UPM

Program: Bengkel TOT Kursus Falsafah dan Isu Semasa di FEM UPM
Tarikh: 12 September 2024
Lokasi: Bilik Seminar Al-Farabi, FEM
Anjuran: Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Unversiti Putra Malaysia, Hidayah Centre Dan Gabungan Dakwah Malaysia Kerjasama dengan Perubuhan Nudsa Bangsa ( NUSA)

Pengenalan

Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Bengkel TOT Kursus Falsafah dan Isu Semasa dengan kerjasama strategik bersama Hidayah Centre Foundation dan Gabungan Dakwah Malaysia. Program ini berlangsung pada 12 September 2024 di Bilik Seminar Al-Farabi, FEM, dengan penglibatan seramai 30 tenaga pengajar dari pelbagai institusi.

Objektif utama

Bengkel ini adalah memperkenalkan konsep dan prinsip Islam yang relevan dengan isu semasa, meningkatkan kefahaman tenaga pengajar mengenai integrasi nilai-nilai Islam dalam pengajaran, serta membincangkan strategi dan pendekatan pengajaran efektif. Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk mempersiapkan tenaga pengajar kursus ini, yang akan ditawarkan pada Semester Pertama 2024/2025, dengan pengetahuan dan kemahiran penting dalam menerapkan nilai murni serta mencetuskan pemikiran falsafah. Diharapkan bengkel ini dapat membuka minda tenaga pengajar untuk membangkitkan minat dan semangat dalam sesi pengajaran kursus, membentuk wisdom (kebijaksanaan) dalam berfikir, kritis dalam memberi pendapat, berani dalam membuat keputusan, serta berupaya membincangkan isu sensitif secara bijaksana.

Perjalanan Bengkel

Program ini dimulakan dengan sesi perasmian, diikuti empat sesi utama yang merangkumi perbincangan interaktif, pembentangan berkumpulan, dan majlis bergambar. Panel penceramah terdiri daripada tokoh akademik terkenal termasuk Dr. Ahmad Nasir Mohd Yusoff dan Dr. Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir, bersama pakar daripada Gabungan Dakwah Malaysia dan Hidayah Centre Foundation.

Manfaat Bengkel

Manfaat program ini sangat signifikan, antaranya memperkasakan tenaga pengajar dengan pengetahuan dan kaedah pengajaran yang relevan, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran kursus. Melalui pengajaran yang diinspirasikan nilai Islam, pelajar dijangka dapat mengembangkan pemikiran kritis dan kesedaran sosial terhadap isu-isu semasa.

Kesimpulannya

Bengkel TOT ini merupakan platform yang berimpak tinggi dalam memperkukuhkan elemen Islam dalam pendidikan, sekaligus menyokong usaha membentuk generasi pelajar yang berpengetahuan, beretika, dan bertanggungjawab dalam masyarakat.

 

 

Disediakan oleh:

Dr. Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff

Pengarah

Bengkel TOT Falsafah dan Isu Semasa

16 Disember  2024

Tarikh Input: 16/12/2024 | Kemaskini: 16/12/2024 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
-
X, (09:26:49am-09:31:49am, 16 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]