Bengkel Penyediaan Proposal Penyelidikan FEM | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» BERITA » Bengkel Penyediaan Proposal Penyelidikan FEM

Bengkel Penyediaan Proposal Penyelidikan FEM

Serdang, 29 Ogos 2024 –   Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) telah mengadakan satu bengkel penyediaan proposal penyelidikan penyelidikan untuk pegawai akademik fakulti bertempat di Bilik Seminar Al-Fansuri, Fakulti Ekologi Manusia. Bengkel ini diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada peserta bagaimana untuk menulis proposal penyelidikan dengan baik dan berkualiti serta menepati standard yang ditetapkan oleh institusi atau pemberi dana, khususnya bagi geran FRGS 2025.

 

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan taklimat ringkas oleh Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) berkaitan penyelidikan fakulti dan diteruskan dengan penyampaian oleh penceramah jemputan iaitu Dr Nurul Fadly Habidin dari Universiti Penyelidikan Sultan Idris (UPSI).

Bengkel yang berlansgung seharian berakhir sekitar jam 5.00 petang diakhiri dengan sesi soal jawab dan sesi fotografi kenang-kenangan bersama peserta.

Berita oleh: Encik Abdul Hadi Mohd Rashdi (Pej. Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, FEM)

Tarikh Input: 04/09/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | aspah.kasim

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
W, (02:20:04pm-02:25:04pm, 16 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]