Oleh: Nur Liyana Binti Fakruddin (Tahun 2) (Bacelor Sains Pembangunan Manusia Dengan Pengurusan)
Suntingan oleh: Nor Hidayah Mohammad
SERDANG, 16 Mei 2019 - Human Ecology Student Associations (HESA) telah mengadakan satu Mesyuarat Agung Tahunan bagi Sesi 2018/2019. HESA juga telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa dengan kerjasama Human Development Club (HDC), Gerakan Pengguna Siswa (GPS), Music Circle dan Persatuan Mahasiswa Islam Malaysia (PMIUPM) pada hari yang sama yang turut dihadiri oleh pihak pengurusan fakulti dan alumni Fakulti Ekologi Manusia.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara para pelajar FEM dengan pengurusan fakulti dan alumni. Penganjuran program tersebut juga bertujuan untuk membentuk mahasiswa dan para pelajar FEM yang mempunyai pemikiran yang lebih terbuka dan jati diri yang kuat selain daripada untuk membimbing para pelajar agar seimbang ilmu dunia dan akhirat.
Program ini telah berlangsung dari jam 5.00 petang yang dimulai dengan Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2019/2020 dan diikuti dengan majlis berbuka puasa. Semua peserta solat Maghrib berjemaah di Dewan Al-Farabi sebelum menjamu hidangan juadah yang berat dan satu tazkirah ringkas juga telah diadakan dan disampaikan oleh Abdul Muiz Luqman Bin Latiff, Presiden PMIUPM. Program berakhir setelah selesai solat Isya’ dan solat terawih berjemaah pada jam 9.45 malam.
|
|
|
||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 23/05/2019 | Kemaskini: 28/05/2019 | rozlita