Pengenalan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKADEMIK » Prasiswazah » Pengenalan

Pengenalan

Buku Panduan Program Pengajian Prasiswazah Fakulti Ekologi Manusia Sesi 2018/2019

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA (BSPM)

Pengenalan

Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia(BSPM) digubal berteraskan falsafah perkembangan dan pembangunan manusia sepanjang hayat merangkumi proses saling interaksi dan transaksi antara manusia dan persekitaran dengan Penciptanya merentasi sistem mikro sehingga makro. Program ini berhasrat melahirkan saintis sosial yang menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup diri, keluarga, komuniti dan ummah sejagat serta kualiti persekitaran.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:

  • Kompeten dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Sains Pembangunan Manusia.
  • Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Pembangunan Manusia.
  • Berupaya menjadi pegawai atau pengusaha yang beretika dan berintegriti dalam bidang berkaitan Sains Pembangunan Manusia.

 

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN PENGURUSAN (BSPMP)

Pengenalan

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan program Major-Minor iaitu Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (BSPMP) hasil gabungan daripada dua bidang iaitu Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Pengurusan sebagai Minor program. Penggabungan dua bidang memberikan peluang kepada pelajar mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembangunan manusia dan mengintegrasikan ilmu berkenaan dalam arena pengurusan. Perubahan di era globalisasi dan industrialisasi serta dunia maya memerlukan sebuah institusi pengajian tinggi yang menjana graduan yang bersifat bukan sahaja pekerja berpengetahuan malah mempunyai kemahiran yang berpadanan dengan transformasi pasaran sumber tenaga negara. Program ini dijangka dapat melahirkan pekerja yang terlatih dalam bidang pengurusan di samping berperanan efektif sebagai insan, ahli keluarga dan ahli dalam masyarakat.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:

  • Kompeten dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Sains Pembangunan Manusia dengan pengurusan.
  • Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan.
  • Berupaya menjadi pegawai atau pengusaha yang beretika dan berintegriti dalam bidang berkaitan Sains Pembangunan ManusiadenganPengurusan.

 

BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA DENGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (BSPMTM)

Pengenalan

Program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat (BSPMTM) merupakan program Major-Minor yang menekankan kepada kemahiran asas dan teknikal dalam bidang Pembangunan Manusia sebagai Major program dan Teknologi Maklumat sebagai Minor program. Program ini selaras dengan matlamat ke arah sebuah negara maju yang memberi tumpuan kepada perkembangan teknologi maklumat. Program ini bertujuan membekalkan pelajar dengan gabungan ilmu antara disiplin Sains Sosial Terapan (Pembangunan Manusia) dan Teknologi (Teknologi Maklumat) supaya dapat melahirkan graduan yang lebih versatil, multi dan interdisiplin. Komponen teknologi maklumat dijangka mampu memberi kelebihan kepada para graduan BSPMTM untuk lebih berdaya saing berbanding dengan graduan Sains Sosial lepasan universiti dalam dan luar negara.

Matlamat Program

Matlamat program iniadalahuntukmenghasilkangraduan yang:

  • Kompeten dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat.
  • Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam bidang Sains Pembangunan Manusia denganTeknologi Maklumat.
  • Berupaya menjadi pegawai atau pengusaha yang beretika dan berintegriti dalam bidang berkaitan Sains Pembangunan Manusia dengan Teknologi Maklumat.

 

BACELOR PENGAJIAN PENGGUNA (BPG)

Pengenalan

Program Bacelor Pengajian Pengguna (BPG) adalah berlandaskan kepada falsafah untuk mewujudkan masyarakat madani yang bermaklumat, bertanggungjawab, beretika dan proaktif terhadap aspek kepenggunaan bagi meningkatkan keadilan pasaran dalam konteks pembangunan lestari ke arah peningkatan kehidupan berkualiti. Bidang Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin sains tulen dan gunaan seperti Ekonomi dan Perlakuan Pengguna, Pengurusan, Pemasaran, Sains dan Teknologi, Sosio-psikologi, Komunikasi dan Undang-Undang. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek kepenggunaan untuk menjadi penghubung antara pengeluar, pengguna dan pembuat dasar.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:

  • Kompeten dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pengguna dan pengurusan sumber.
  • Berupaya menjadi pegawai atau pengusaha yang beretika dan berintegriti dalam bidang berkaitan kepenggunaan.

 

BACELOR MUZIK (BM)

Pengenalan

Program Bacelor Muzik (BM) mencakupi pelbagai kursus dengan menekankan aspek muzik iaitu persembahan, teknologi muzik, komposisi, dan muzik terapi dengan tujuan melahirkan pemuzik profesional yang berkemahiran dan berpengetahuan. Selain itu, pelajar berpeluang menjadi ahli Orkestra Simfoni, kumpulan muzik klasik atau kontemporari dan koir. Jabatan juga menyediakan Makmal Multimedia, Makmal Teknologi Muzik, Studio Rakaman, Makmal Pendidikan Muzik, Makmal Gamelan, Makmal Piano, Makmal Alat Muzik Bass, Makmal Perkusi dan Dewan Latihan Orkestra serta Bilik Latihan Instrumental untuk memudahkan pembelajaran muzik sesuai kehendak pembelajaran semasa. Melalui program ini, dapat melahirkan graduan dalam bidang muzik yang bertaraf antarabangsa.

Matlamat Program

Matlamat program ini adalah untuk menghasilkan graduan yang:

  • Kompeten sebagai pemuzik berpengetahuan tinggi dalam aspek teori dan praktikal berkaitan muzik.
  • Berkebolehan menjalankan penyelidikan dalam bidang muzik.
  • Berupaya menceburkan diri dalam industri muzik dengan beretika dan berintegriti.

 

Kemaskini:: 26/09/2018 [rozlita]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
B1566653279