Syarat Kemasukan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKADEMIK » Pasca Siswazah » Syarat Kemasukan

Syarat Kemasukan

SYARAT KEMASUKAN:

Master

Mempunyai kelulusan Ijazah Bacelor dalam bidang berkaitan program yang dipohon dengan mendapat:
                       
1.    PNGK sekurang-kurangnya 2.75/setara; atau
                  
2.    PNGK kurang daripada 2.75 tetapi melebihi 2.50 dengan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon tidak kurang daripada 3 tahun.

Juga boleh memohon untuk Program Master adalah:

  • Pemohon yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dalam ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya (tertakluk kepada syarat keperluan khas program).
  • Pemohon yang tidak mempunyai pencapaian akademik yang mencukupi namun memiliki bukti penyelidikan berkaitan atau pengalaman kerja berkaitan.
  • Pelajar ijazah sarjana muda tahun akhir boleh memohon untuk kemasukan sementara dengan syarat  CGPA terkini pelajar memenuhi syarat keperluan program.


Ph.D

Mempunyai kelulusan Ijazah Master dalam bidang berkaitan dengan program yang dipohon.

Juga boleh memohon untuk Program PhD adalah:

  • Pemohon yang mempunyai Ijazah Sarjana atau yang setara denganya.
  • Pemohon yang memiliki keputusan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda iaitu dengan CGPA 3.75 ke atas atau setara dengan kepujian kelas pertama (tertakluk kepada syarat keperluan khas program).
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang telah menghantar Tesis Ijazah Sarjana untuk pemeriksaan tesis boleh memohon untuk kemasukan sementara.

 

 

Kemaskini:: 05/02/2018 [rozlita]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
B1566302803