Pengenalan | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKADEMIK » Pasca Siswazah » Pengenalan

Pengenalan

Fakulti Ekologi Manusia menawarkan 13 bidang program Ijazah Sarjana Sains dan Doktor Falsafah. Program yang ditawarkan adalah:

1.   Pembangunan Komuniti

Pembangunan Komuniti menumpukan kepada pelbagai teori, pendekatan dan amalan dalam bidang pembangunan masyarakat.

2.   Sains Pengguna

Sains Pengguna mengintegrasikan pelbagai disiplin dengan penekanan kepada formulasi dan aplikasi teori dalam memahami tingkahlaku pengguna dengan mengambil kira gaya hidup, perubahan persekitaran dan budaya setempat.

3.   Ekologi Keluarga

Bidang ini menumpukan hubungan individu dan keluarga dengan persekitaran bio-psiko-sosial-fizikal dan budaya. Program ini menggunakan orientasi perkembangan, interaksi dan sistem ekologikal untuk memberikan pemahaman holistik dan pelbagai disiplin ke atas isu dan cabaran keluarga.

4.   Ekonomi Keluarga dan Pengurusan

Ekonomi Keluarga dan Pengurusan memberi tumpuan kepada pengajian kemiskinan dan kesejahteraan, perniagaan keluarga dan perusahaan mikro, kewangan persendirian dan keluarga, gender, pengurusan sumber dan kelestarian.

5.   Gender dan Pembangunan

Gender dan Pembangunan menekankan kepada gender dan hubung kaitnya dengan orientasi kelas, etnik dan jantina dengan fokus kepada kepelbagaian pola sosial dan perubahan budaya.

6.   Pengajian Perumahan

Pengajian perumahan memberi tumpuan kepada perumahan sebagai keperluan asas dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dengan penekanan kepada peranan perumahan dan kesan perancangan dan rekabentuknya terhadap tingkahlaku serta interaksi antara penghuni dengan persekitaran.

7.  Pembangunan Manusia

Bidang kajian ini menumpukan pemahaman yang mendalam mengenai pembangunan manusia. Program ini merangkumi aplikasi teori, kaedah penyelidikan dan analisis aspek-aspek utama dalam bidang pembangunan manusia yang menyumbang ke arah meningkatkan kualiti hidup. Rangka kerja rujukan yang digunakan adalah ekosistem manusia yang mewakili interaksi dan transaksi dalam dan antara unsur pelbagai konteks dalam persekitaran.

8.   Muzik

Muzik menumpukan kepada aplikasi teori dan penyelidikan dalam pelbagai bidang muzik dengan kaedah yang kreatif dan penyelidikan silang dan antara bidang.

9.   Falsafah dan Pengajian Ketamadunan

Falsafah dan Pengajian Ketamadunan menumpukan kepada kemahiran analisis di dalam aplikasi teori dan model dalam Falsafah dan Pengajian Tamadun.

10.  Politik dan Kerajaan

Politik dan Kerajaan menumpukan kepada kemahiran analisis di dalam aplikasi teori dan model dalam politik dan kerajaan, khususnya dalam bidang pilihan raya, tingkahlaku dan budaya politik, hubungan etnik dan hubungan antara negara.

11.  Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak

Bidang ini memberi penekanan kepada aplikasi teori berkaitan perkembangan kanak-kanak dan remaja. Penyelidikan dalam psikologi perkembangan kanak-kanak memfokuskan kepada perkembangan psikomotor, kognitif, tingkahlaku dan sosio-emosi dari peringkat pralahir sehingga remaja. Pengaruh antara fitrah dengan asuhan ke atas perkembangan kanak-kanak dan remaja juga dikaji.

12. Psikologi Sosial

Psikologi Sosial menumpukan kemahiran analisis di dalam aplikasi teori dan model dalam Psikologi Sosial.

13.  Psikologi Perkembangan

Bidang ini memfokus kepada perubahan dan perkembangan manusia sepanjang hayat. Psikologi perkembangan meliputi kajian dalam dimensi afektif, kognitif dan tingkahlaku. Saling tindak antara individu dengan persekitaran merentasi pelbagai tahap kehidupan manusia turut diberi penekanan.

Kemaskini:: 21/03/2024 [syafika.muhamad]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDdJAo~