Universiti Putra Malaysia telah dilantik sebagai Lead Agency untuk mengendalikan latihan kepada pendidik PERMATA Negara bermula dari bulan Januari 2010 sehingga kini.
Ianya dikukuhkan dengan termetrainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bahagian PERMATA dan UPM bagi tempoh 2015-2020.
Bahagian PERMATA, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyatakan hasrat untuk membuat pelanjutan MoU berkenaan. Proses dokumentasi MoU sedang diteliti di peringkat Bahagian Undang-undang, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jumlah Pendidik PERMATA Negara, KPM seramai 487 orang yang di tempatkan di Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) seluruh negeri di Malaysia. Kesemua mereka ini lulusan Ijarah Pendidikan, DG41 dan DG44.
Unit Latihan PERMATA Negara, Fakulti Ekologi Manusia selaku pengurus latihan ini telah melatih seramai 1,746 pendidik bagi Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) dari Januari 2010. Jumlah pendidik yang dilatih ini merangkumi daripada Pendidik PERMATA Negara (KPM), Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Taska Komuniti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK PERAK).
Unit Latihan PERMATA Negara mendapat pengiktirafan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai sebuah agensi berdaftar bagi menjalankan Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP). Kursus asas asuhan ini terkandung di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Pindaan 2007) yang mewajibkan kepada semua pendidik/pengasuh yang menceburi bidang taska (umur kanak-kanak 0-4 tahun) menghadiri kursus ini.
Selain kursus asas asuhan ini, unit latihan juga menjalankan;
Kursus Pembangunan Kemahiran (Enhancement)
tempoh perkhidmatan 5-7 tahun;
kursus ini adalah penerokaan bidang baru;
memantapkan mutu kerja lebih tinggi;
memantapkan integrity dan menyediakan kebolehan mewujudkan jaringan (networking).