Oleh: Encik Johar Md. Lajis
SERDANG, 17 April 2019 - Satu Majlis Menandatangani memorandum Persefahaman (MOU) antara UPM dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) telah diadakan pada 17 April 2019 di Galeri Putra, Bangunan Canselori Putra. MOU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Idris, Naib Canselor UPM dan YBhg. Professor Dr. Azni Bin Idris,Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Islamic Relief Malaysia.
MOU ini yang diterajui oleh Fakulti Ekologi Manusia bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara UPM dengan Islamic Relief Malaysia dan sebagai langkah pertama ke arah memantapkan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan staf dan pelajar UPM. Persefahaman ini merupakan pencapaian penting dalam kerjasama yang berterusan antara UPM dan IRM untuk bekerjasama dalam memberi tumpuan dan kepakaran bagi memupuk penglibatan masyarakat untuk kesejahteraan komuniti. Pemilihan kerjasama bersama UPM terutamanya Fakulti Ekologi Manusia adalah bertepatan kerana Fakulti Ekologi Manusia mempunyai bidang fokus pembangunan komuniti yang menjadi asas bagi penglibatan staf dan pelajar kepada aktiviti membangunkan komuniti melalui pelbagai cara. Ini termasuk pengurusan sumber tenaga dan bantuan sumbangan seperti sumbangan makanan, kesihatan, pendidikan dan juga penglibatan pelajar staf dan UPM bersama-sama turun padang bagi menghulur bantuan bagi membantu komuniti yang ditimpa bencana.
Oleh itu, melalui kerjasama IRM dan UPM, adalah diharapkan peluang ini dapat digunakan sepenuhnya terutama dalam memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar UPM akan kerja-kerja kesukarelawanan di bawah IRM. Ini seterusnya menggalakkan penglibatan secara langsung pelajar-pelajar UPM bagi membantu menyempurnakan matlamat IRM dan UPM dalam sumbangan kepada komuniti. Justeru, kerja-kerja kesukarelawanan bukan sahaja penting untuk membangunkan sesebuah komuniti, namun ia juga penting dalam membantu untuk melahirkan individu yang berjiwa rakyat dan bertamadun.
Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan melalui Memorandum Persefahaman ini adalah seperti berikut:
![]() |
![]() |
Date of Input: 30/04/2019 | Updated: 30/04/2019 | rozlita