Jerayawara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Ke FEM | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Jerayawara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ke FEM

Jerayawara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) ke FEM

Serdang, 26 Mac 2024 –   Satu sesi interaksi dan lawatan kerja oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) telah berlangsung dengan jayanya pada Selasa,26 Mac 2024 bertempat di Bilik Sidang, Fakulti Ekologi Manusia.

Kehadiran YBhg Prof Dr Zamberi Sekawi (TNCPI) dan diiringi oleh Pengarah Putra Science Park, YBhg Prof Ir Dr Hj Kamarul Arifin Ahmad, Pengarah Penerbit UPM, YBhg Prof Ir Ts Dr Mohamed Thariq Hameed Sultan telah di sambut oleh YBhg Dekan Fakulti Ekologi Manusia, ahli pengurusan dan pegawai akademik.

Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan Fakulti oleh YBhg Prof Dr Mohmad Fazli Sabri dan diteruskan dengan Pembentangan Strategi/Way Forward untuk melonjakkan pencapaian KPI Penyelidikan dan Inovasi oleh YBrs Prof Madya Dr Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi)

YBhg Prof Zamberi Sekawi dan Pengarah PSP serta Penerbit UPM kemudianya turut serta dalam sesi soal jawab bersama pegawai akademik mengenai usaha-usaha dan strategi Pejabat TNCPI dalam menjayakan usaha meningkatkan pencapaian KPI universiti khususnya dalam skop penyelidikan dan inovasi.

Majlis berakhir sekitar jam 11.00 pagi diakhiri dengan pemberian cenderahati oleh YBhg Prof Dr Mohmad Fazli Sabri kepada YBhg Prof Dr Zamberi Sekawi dan sesi bergambar bersama-sama para hadirin.

Seluruh warga FEM merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kesudian YBhg Prof Dr Zamberi Sekawi untuk berkunjung ke Fakulti Ekologi Manusia.

Date of Input: 03/04/2024 | Updated: 03/04/2024 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFcDAt~