SIDANG MEDIA DAURAH PERUBATAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2024 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » SIDANG MEDIA DAURAH PERUBATAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

SIDANG MEDIA DAURAH PERUBATAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN 2024

Oleh:  Dr Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff
          Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan
          Fakulti Ekologi Manusia

 

 


SERDANG, 18 Februari 2024 -  Sejajar dengan peningkatan kes histeria dan kerasukan dalam kalangan pelajar dan staf UPM, untuk kali pertama, Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK) telah menganjurkan 'Daurah Perubatan Islam Peringkat Kebangsaan 2024' bekerjasama dengan Pusat Rawatan Kecil Masjid Darussyifa’ (PRK), Pusat Islam UPM (PIU), Pusat Zakat, Waqaf dan Endowmen (WAZAN), dan Persatuan Pengubatan, Perubatan, dan Kebajikan Malaysia Darussyifa’. Daurah ini telah berlangsung pada 17 dan 18 Februari 2024. Program berasaskan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini adalah hasil kerjasama dengan Persatuan Pengubatan, Perubatan, dan Kebajikan Malaysia Darussyifa’.

 

 

Program selama 2 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta dalam menangani isu berkaitan perubatan Islam, khususnya dalam menangani histeria, 'ain', gangguan premis, sihir, 'saka', 'santau', dan kepercayaan kepada khurafat. Pelbagai topik yang berkaitan telah dipilih berdasarkan kejadian sebenar yang berlaku dalam kalangan pelajar, staf, dan masyarakat sekitar di Serdang. Histeria dan kerasukan boleh berlaku secara tiba-tiba dan tidak kira waktu atau tempat. Program ini akan membantu peserta mengenali tanda-tanda awal dan mengurus histeria dengan berkesan. Peserta juga akan didedahkan kepada kaedah melindungi premis dan membezakan antara gangguan dan halusinasi. Isu seperti penampakan, bunyi aneh, atau peristiwa luar biasa akan dibincangkan secara mendalam dalam Daurah ini. Program ini juga bertujuan untuk memberi pemahaman kepada peserta tentang perbezaan antara pengamal perubatan yang mematuhi Shariah dan yang tidak. Ini penting dalam usaha kita untuk mencegah berlakunya syirik dalam masyarakat.

 

 

Selain itu, objektif program bertujuan untuk memperkukuh institusi UPM dalam pembangunan ummah dan penyediaan perkhidmatan sosial. menjalinkan kerjasama dengan pihak luar untuk memberi ilmu kepada warga UPM dan masyarakat setempat, membina modal insan bagi masyarakat melalui pendedahan yang jelas tentang ruqyah syar'iyyah, memahami kepentingan perubatan Islam dalam kehidupan dan menegakkan pengamalan yang mengikut syarak serta menyatukan pemahaman tentang rawatan Islam agar mengikut syarak bersadnarkan dalil yang jelas.

 

 

Impak Program diharapkan dapat menjadikan Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’ Masjid Pusat Islam UPM (PRKD), dan Pusat Islam (PIU) UPM sebagai pusat perkhidmatan sosial dan pembangunan ummah yang sentiasa memberi perhatian akan isu kesihatan jasmani dan rohani. Selain itu, program ini juga diarahkan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak dalam dan luar kampus serta memberikan ruang kepada masyarakat, staf, dan pelajar UPM untuk mendekatkan lagi kepada Masjid di mana PRKD (Pusat Rawatan Kecil Darussyifa’) menempatkan lokasi di Masjid UPM bagi sesi rawatan.

 

 

Menurut Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri, program seperti ini adalah langkah positif dalam memperkukuhkan bidang perubatan Islam di institusi pendidikan. Ia tidak hanya memberi peluang kepada peserta untuk mendalami isu-isu penting dalam perubatan Islam, tetapi juga menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan kesihatan secara keseluruhan.

Simposium Perubatan Islam Kebangsaan 2024, yang menghimpunkan tokoh dan ilmuwan yang pakar dalam bidang perubatan Islam, telah berjaya diadakan pada 17-18 Februari 2024 (Sabtu-Ahad) di Dewan Seminar Al Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Amin

Sekian, terima kasih.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

DR HJ AHMAD NASIR MOHD YUSOFF

Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan

Fakulti Ekologi Manusia

Universiti Putra Malaysia

43400 Serdang

Selangor

No. tel : 013 996 6057

Email : ahmadnasir@upm.edu.my

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 21/02/2024 | Updated: 21/02/2024 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXETFAd~