Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2022 | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2022

Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi Manusia Tahun 2022

Oleh  : Zamre Yaacob

Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi)

Serdang, 15 Disember 2022 – Fakulti Ekologi Manusia (FEM), Universiti Putra Malaysia telah menganjurkan Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan Tahun 2022 selama sehari yang bermula pada jam 8.30 pagi dan telah berakhir pada jam 4.30 petang. Objektif seminar adalah untuk menyediakan ruang perkongsian dapatan kajian penyelidik FEM, disamping memperkukuhkan jaringan kerjasama antara FEM dengan rakan industri dari agensi kerajaan dan swasta.

Seminar ini juga bertujuan untuk menjana pelbagai idea penyelidikan baharu untuk diteroka dengan penglibatan pelbagai pemegang taruh berkaitan. Majlis perasmian seminar diadakan di Dewan Seminar Al-Farabi dan telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi Manusia. 

Di dalam majlis perasmian juga, Yang Berbahagia Dekan, FEM telah melancarkan buku Research Summary FEM 2017-2021 yang merupakan koleksi extended abstract projek penyelidikan daripada geran yang diterima oleh para penyelidik FEM bagi tempoh tersebut.

 

Sebanyak 40 kertas penyelidikan telah dibentangkan oleh pensyarah dan juga pelajar FEM yang telah berlangsung secara serentak melibatkan tiga bilik pembentangan.  Program juga telah diisi dengan satu sesi syarahan khas bertajuk “Publishing in Top SSCI Journals” yang telah dijalankan secara hibrid disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Puvaneswaran a/l Kunasekaran. 

Selain pegawai akademik dan pelajar FEM, seminar juga telah disertai oleh wakil dari agensi seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Consumer Forum Malaysia (CFM), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Malaysia.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri telah menyatakan harapan semoga program Seminar Perkongsian Hasil Penyelidikan Fakulti Ekologi Manusia ini dapat diadakan sebagai program tahunan Fakulti dan diteruskan pada masa-masa akan datang sebagai landasan perkongsian ilmu dan kepakaran ahli di dalam bidang yang berkaitan.  Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Seminar, Profesor Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan, Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) dan Pejabat Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Jaringan Industri & Masyarakat) yang telah bertindak sebagai penganjur bersama dan seterusnya ahli Jawatankuasa Penganjur di atas kejayaan penganjuran majlis ini.

Date of Input: 20/12/2022 | Updated: 20/12/2022 | aspah.kasim

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.9769 7051
03.8943 5385
BWGFPA2:15:54