Oleh: Rosazizi Abd. Rahim
![]() |
SERDANG, 30 Ogos 2019 - Sambutan kemerdekaan kanak-kanak Makmal Perkembangan Kanak-kanak (MPK) telah dijalankan dengan jayanya bertujuan untuk memupuk semangat kemerdekaan seawal usia.
Acara bermula dengan acara menaikkan Jalur Gemilang diiringi dengan lagu Negaraku disusuli dengan lagu Negeri Selangor dan lagu-lagu patriotik. Seramai kira-kira 100 orang menyertai perarakan sambutan kemerdekaan ini termasuk kanak-kanak, guru-guru, staf dan ibu bapa bermula dari tempat letak kereta hingga sekeliling Padang FACE. Kanak-kanak dan Staf memakai pakaian yang kreatif menggunakan warna dan corak jalur gemilang telah menaikkan semangat dan menceriakan lagi suasana sambutan kemerdekaan tahun 2019.
![]() |
![]() |
![]() |
||
Date of Input: 12/09/2019 | Updated: 12/09/2019 | rozlita