Oleh: Prof. Madya Ku Hasnita Ku Samsu
Pengarah Projek Agihan Buku Waqaf
Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia
SERDANG, 26 April 2021 - Alhamdulillah, projek agihan buku wakaf dengan kerjasama Multaqa Asatizah dan Du’at yang merupakan sebuah projek pemindahan ilmu telah dilaksanakan pada 9 April 2021. Projek anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, UPM ini telah berjaya menghimpunkan 13 pertubuhan dakwah terpilih untuk menerima agihan buku wakaf. Setiap pertubuhan dakwah diagihkan sebanyak 120 naskah buku. Pertubuhan dakwah terpilih ini terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan iaitu:
Kejayaan penganjuran projek ini membuktikan bahawa usaha pemindahan ilmu melalui agihan buku waqaf bertajuk “Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf” hasil karya Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir yang merupakan ahli Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan masih boleh dilaksanakan sekalipun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat akibat penularan wabak COVID-19. Ringkasnya objektif projek agihan buku wakaf ini adalah untuk membantu bagi menambahkan ilmu pengetahuan golongan muallaf berkaitan agama Islam. Selain itu, buku ini juga diharapkan dapat menjadi sumber tambahan kepada pertubuhan dakwah dalam menyantuni dan berinteraksi dengan golongan muallaf. Buku yang diagihkan kepada wakil pertubuhan dakwah terpilih ini akan diedarkan kepada para muallaf yang berada di bawah naungan mereka serta untuk digunakan dalam program dan kuliah bimbingan bersama golongan muallaf. Seterusnya pemantauan akan dibuat dari semasa ke semasa terhadap beberapa pertubuhan dakwah tersebut bagi memastikan projek pemindahan ilmu ini mencapai objektif yang ditetapkan.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
Date of Input: 26/04/2021 | Updated: 26/04/2021 | rozlita