Oleh: Aziah Nur Amira Binti Azhar
Bacelor Sains Pembangunan Manusia
![]() |
SERDANG, 20 September 2019 - Seramai 10 orang mahasiswa Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM yang diiringi oleh Dr. Amna Md Noor, Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Kemasyarakatan Dan Pembangunan FEM telah terlibat dengan program mobiliti dan menelusuri kerja sosial di Bandung. Program ini telah dijalankan di Politeknik Kesejahteraan Sosial Bandung (POLTEKESOS) selama dua minggu bermula pada 21 Ogos hingga 3 September 2019. Dengan tema “Social Work Beyond Just Helping”, program ini bertujuan untuk berkongsi dan mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang dipelajari serta menimba pengalaman terutamanya dalam bidang kerja sosial.
Antara aktiviti yang disertai oleh pelajar adalah mengikuti kuliah umum di POLTEKESOS yang bertajuk “Arah Baru Pembangunan Kesejahteraan Sosial” dan disampaikan oleh Prof Gunawan Sumodiningrat, sesi perbincangan dan perkongsian santai bersama Kementerian Sosial Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS, melawat projek pembangunan Desa dan lawatan ke Universitas Pasundan (UNPAS) yang merupakan salah satu universiti swasta yang terbaik di Indonesia
Program mobiliti ini telah mendapat tajaan daripada WAZAN UPM dan FEM. Sesungguhnya program ini merupakan satu platform bagi mahasiswa UPM bagi melestarikan kerja sosial sebagai satu profesion yang professional di Malaysia. Di samping itu, pengalaman dalam mengenali budaya Indonesia telah dicapai sebagai salah satu objektif program ini.
![]() |
![]() |
|
Sesi bergambar bersama pengarah Politeknik Kesejahteraan Sosial, Bandung |
Gambar ketika mengikuti kuliah umum yang disampaikan oleh Prof Gunawan |
|
![]() |
![]() |
|
Gambar ketika sesi perkongsian dan perbincangan mengenai kerja sosial bersama wakil Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS |
Sesi bergambar bersama Olahkarsa
|
|
![]() |
![]() |
|
Majlis perasmian bagi kerja sosial di Kelurahan Babakan Asih |
Gambar ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas di Kelurahan Babakan Asih |
|
![]() |
![]() |
|
Gambar ketika melawat Kawah Putih di Bandung bersama pegawai pengiring, Dr Amna binti Md Noor |
Sesi penyerahan cenderamata |
|
Sesi bergambar selepas majlis penutup |
Sesi bergambar terakhir bersama wakil Badan Eksekutif Mahasiswa POLTEKESOS |
Date of Input: 20/09/2019 | Updated: 20/09/2019 | rozlita