SERDANG, 25 September 2020 - Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dan Institusi Pondok telah diadakan pada 24 September 2020, bertempat di The Grand Ballroom, Bora Ombak Marina, Putrajaya.
Universiti Putra Malaysia (UPM) telah diwakili oleh Naib Canselor, YBhg. Prof. Dr. Mohd. Roslan Bin Sulaiman dan Dekan Fakulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Bin Hashim.
Fakulti Ekologi Manusia, khususnya Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK) yang telah dilantik sebagai peneraju MOU ini berharap dengan Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani ini, jalinan hubungan dengan pihak YADIM bersama komuniti di peringkat lokal dan global dapat diperkukuhkan.
Hal ini amat penting agar warga UPM dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan bermakna ke arah keharmonian dan kesejahteraan manusia secara keseluruhan.
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
Date of Input: 25/09/2020 | Updated: 25/09/2020 | rozlita