Oleh: Ahmad Sabri Nordin
Unit Latihan GENIUS Negara, Fakulti Ekologi Manusia
SERDANG, 11 Sept. 2020 - Fakulti Ekologi Manusia telah dilantik sebagai Agensi Peneraju untuk mengendalikan latihan kepada pendidik PERMATA Negara (sekarang dikenali dengan GENIUS Negara) bermula dari bulan Januari 2010 sehingga kini.
![]() |
![]() |
Unit Latihan GENIUS Negara, Fakulti Ekologi Manusia selaku pengurus latihan ini telah melatih seramai 1,711 pendidik mengikuti Kursus Asas Asuhan PERMATA, Kursus Peningkatan (Advancement) dan Kursus Penerokaan Bidang Baru (Enhancement).
Pada 24 Ogos hingga 10 September 2020 telah diadakan Kursus Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak PERMATA di RHR Kajang yang melibatkan seramai 40 orang pendidik Pusat Anak Genius Negara seluruh Malaysia. Peserta kursus didedahkan tentang pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik serta mengasuh anak-anak berumur 0-4 tahun.
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dr. Noraisah binti Spahat, Setiausaha Bahagian Genius, Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis turut dihadiri Yang Berbahagia Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia dan Prof. Madya Dr. Zainal Madon, Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga yang juga Ketua Unit Latihan Genius Negara. Majlis diserikan dengan persembahan oleh peserta kursus.
Date of Input: 11/09/2020 | Updated: 11/09/2020 | rozlita