Oleh: Ain Nisrin Adnin
Serdang - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa, Kelantan iaitu seramai empat puluh (40) orang pelajar Tingkatan Enam Atas Aliran Kemanusiaan dan empat (4) guru pengiring pada 15 Mac 2018 (Khamis), bertempat di Bilik Sidang, FEM.
![]() |
![]() |
Penceramah untuk sesi lawatan tersebut adalah Dr. Muslihah Hasbullah @ Abdullah iaitu Pensyarah Kanan Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga. Salah satu pengisian dalam program lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan program pengajian dan bidang kerjaya yang boleh diceburi sekiranya dapat melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekologi Manusia dan Universiti Putra Malaysia.
![]() |
![]() |
Date of Input: 31/07/2018 | Updated: 14/08/2018 | rozlita