![]() SERDANG, 27 Mac – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia (UPM), menjadi tuan rumah majlis penutupan Program Penutupan Global Money Week 2023 (GMW2023) peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini, hari ini. Pengarah MyAgeing™ UPM, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad berkata, GMW2023 merupakan kempen peningkatan kesedaran secara global anjuran Financial Education Network (FEN) dengan slogan ‘Learn. Save. Earn’ dan temakan “Plan your Money, Plant Your Future”.
![]() Beliau berkata program ini merupakan platform wacana literasi kewangan dan pendekatan pendidikan sepanjang hayat yang bertujuan untuk mendidik golongan muda terutamanya dalam membuat keputusan kewangan yang berhemat.
![]() “GMW2023 telah berlangsung selama seminggu bermula 20 Mac lepas sehingga semalam, 26 Mac 2023 secara serentak di seluruh dunia. Melalui program ini MyAgeing™ UPM juga berkerjasama dengan Fakulti Ekologi Manusia (FEM), UPM dalam pengisian program sepanjang minggu.
![]() “MyAgeing™ UPM turut melaksanakan Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE) yang berfungsi sebagai platform untuk penyelidikan translasional mengenai pendidikan kewangan,” katanya.
![]() Jelasnya, MyFiLE menawarkan perkhidmatan seperti Program Pensijilan Perancang Kewangan Bertauliah (CFP), Pemeriksaan Kesihatan Kewangan Peribadi, Bimbingan Kewangan serta melaksanakan Webinar ‘Jom Belajar’ serta kursus-kursus berkaitan kewangan. - FEM
|
Date of Input: 29/03/2023 | Updated: 29/03/2023 | aspah.kasim