Oleh: Zaihasra Suhaime
![]() |
SERDANG, 10 September 2019 - Fakulti Ekologi Manusia telah menerima kunjungan delegasi dari Institut Agama Islam Darussalam (IAID), Ciamis Jawa Barat yang terdiri daripada Presiden, Dr. H. Fadlil Munawwar Manshur, Rektor, Dr. Hj. N. Hani Herlina, dua (2) orang pensyarah iaitu Encik Ahmad Nabil Atoillah dan Puan Alifa Baiduri Hayatunnufus serta 63 orang pelajar.
Ketibaan delegasi dari IAID ini disambut oleh ahli pengurusan Fakulti Ekologi Manusia dan wakil dari Fakulti Pengajian Pendidikan, Dr. Mohd Mokhtar Muhammad. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan hubungan kerjasama bagi program pengajian dan peyelidikan antara Institut Agama Islam Darussalam (IAID)dengan Fakulti Ekologi Manusia.
Taklimat dan penerangan mengenai UPM dan Fakulti Ekologi Manusia telah disampaikan oleh Dekan Fakulti Ekologi Manusia, YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim.
LIHAT LAGI
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
Date of Input: 11/09/2019 | Updated: 11/09/2019 | rozlita