Fakulti Ekologi Manusia Terima Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Fakulti Ekologi Manusia terima Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor

Fakulti Ekologi Manusia terima Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor

Oleh : Nasrudin Yahya

 

 

SERDANG - Fakulti Ekologi Manusia (FEM) terpilih menerima Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor UPM pada Majlis Hari Kualiti  & Inovasi Perkhidmatan (HKIP) UPM 2018 yang diadakan pada 2 November 2018 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), UPM.

 

 

 

Anugerah Mutiara Kualiti & Inovasi Naib Canselor merupakan anugerah paling utama dan buat pertama kalinya diberikan pada tahun 2018. Anugerah ini merupakan pemenang keseluruhan dan pengiktirafan tertinggi kepada Pusat Tanggungjawab yang paling banyak penyertaan dan paling banyak memenangi anugerah sempena HKIP UPM 2018. Anugerah disampaikan oleh Prof Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM kepada Dekan FEM, Prof Dr. Ahmad Hariza Hashim.

 

 

 

Disamping itu FEM juga telah memenangi 5 anugerah lain iaitu Pemenang Ketiga Anugerah Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran, Pemenang  Pertama Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja (Kategori Fakulti / Asasi), Pemenang Kedua Anugerah Inovasi Perkhidmatan (Kategori Teknikal), Pemenang Pertama Koir HKIP dan Pemenang Ketiga Pertandingan Delegasi Kreatif.

 

 

 

Prof Dr. Ahmad Hariza Hashim berkata pencapaian cemerlang FEM selama 2 tahun berturut-turut (2017 dan 2018) dalam HKIP adalah berkat usaha kerja berpasukan dan komitmen yang sangat tinggi yang disumbangkan oleh Kumpulan Perkhidmatan dan Profesional (bukan akademik) dan Kumpulan Pelaksana dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan kepada mereka. Menurut beliau, pihak Pengurusan FEM sentiasa memberi sokongan demi menaikkan imej FEM dan UPM.

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 02/11/2018 | Updated: 07/11/2018 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569269770