Oleh: Encik Johar Md. Lajis
14 Februari 2019 - Fakulti Ekologi Manusia UPM telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia. Hubungan kerjasama tersebut terjalin semasa kunjungan hormat beberapa orang Ahli Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia yang diketuai oleh YBhg. Prof. Dr. Ahmad Hariza Hashim, Dekan Fakulti Ekologi Manusia ke Ibu Pejabat, Jabatan Penjara Malaysia pada 14 Februari 2019.
Ketibaan Ahli Pengurusan Fakulti Ekologi Manusia telah disambut oleh YBhg. Dato’ Seri Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia bersama dengan beberapa orang pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.
Objektif kunjungan tersebut ialah untuk mendapatkan gambaran menyeluruh peranan semasa institusi penjara Malaysia, mengenalpasti trend jenayah semasa, mendapatkan kefahaman tentang keperluan dan bentuk pemindahan ilmu yang diperlukan dan menawarkan potensi penyelidikan dan latihan.
Hasil daripada perbincangan antara kedua dua pihak telah bersetuju untuk mengwujudkan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti penyelidikan dan latihan untuk kepentingan bersama.
Antara potensi penyelidikan dan latihan yang akan diwujudkan dalam kerjasama tersebut ialah:-
![]() |
![]() |
|
![]() |
Date of Input: 25/02/2019 | Updated: 25/02/2019 | rozlita