Dengan hormat dan sukacitanya fakulti ingin memaklumkan bahawa Y.Bhg. Profesor Dr Zaid b. Ahmad telah dinaikkan pangkat dari jawatan Profesor Madya kepada Profesor berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013.
Fakulti mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan tahniah dan syabas di atas kenaikan pangkat Y. Bhg. Profesor Dr. Zaid b. Ahmad. Penganugerahan ini merupakan pengiktirafan UPM terhadap kecemerlangan dan kelestarian Y. Bhg. Profesor Dr. Zaid b. Ahmad di dalam dunia akademik.
Semoga penganugerahan ini memberi inspirasi kepada semua warga akademik dan pentadbiran fakulti untuk terus gigih dan dedikasi menjalankan amanah dan menjunjung moto UPM : BERLIMU, BERBAKTI
Date of Input: | Updated: | amir_peli