Oleh: Dr Norhafifah Binti Samsudin
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
SERDANG, 16 Februari 2023 - Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna (JPSPP), Fakulti Ekologi Manusia telah menganjurkan Bengkel Pra Ujian Penyelidikan dan Pembentukan Modul Pendidikan Pengguna selama dua hari iaitu pada 14 Februari 2023 dan 15 Februari 2023. Objektif bengkel adalah untuk menguji keberkesanan modul yang telah dibina meliputi empat tema iaitu Pengguna Teliti, Pengguna Bertanggungjawab, Ekonomi Sirkular dan Pendayaupayaan Pengguna di samping memperkukuhkan hubungan di antara pelajar dan penyelidik yang merupakan tenaga pengajar di JPSPP, FEM.
Bengkel ini juga bertujuan untuk mengenal pasti kekurangan maklumat modul yang perlu ditambah baik bagi kegunaan sebenar modul pada masa akan datang. Modul Pendidikan Pengguna ini akan digunakan dan dijadikan rujukan dan panduan bagi Pendidikan Pengguna Pelajar IPT di Malaysia. Kajian ini diketuai oleh Dr Shamsul Azahari Zainal Badari dan ahli penyelidik adalah Prof Dr Ahmad Hariza Hashim, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri, Prof Madya Dr Elistina Abu Bakar, Prof Madya Dr Syuhaily Osman, Prof Madya Dr Sharifah Azizah Haron dan Dr Zuroni Md Jusoh.
Pelaksanaan bengkel ini telah memberi pelbagai input kepada penyelidik dan sesi pembentangan serta cadangan amat membantu penyelidik bagi melaksanakan objektif kajian ini.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Date of Input: 16/02/2023 | Updated: 16/02/2023 | rozlita