Oleh: Norazmah Mohmed

SERDANG, 22 Julai - Jerayawara Akrab Siri 1: Pengurusan Stres, Santuni Emosi, anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP FEM) dengan kerjasama AKRAB UPM dan Bahagian Kaunseling UPM telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Julai 2024 di Bilik Seminar Al - Fansuri, FEM. Seramai 28 orang peserta hadir dalam kalangan staf pelaksana bagi program ini.
Program ini dimulai dengan ucapan pengenalan AKRAB UPM oleh Pengerusi AKRAB UPM, Ustaz Muhammad Norhisyam bin Nordin. Kemudian sesi ice breaking oleh Puan Wan Suzana binti Wan Mohd Shafie. Sesi seterusnya adalah ceramah berkaitan pengurusan stres oleh Timbalan Pengerusi AKRAB UPM, Dr. Azlina Mohd Khir. Program diteruskan semula pada jam 11.30 pagi dengan sesi Clay therapy yang dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada AKRAB UPM. Program tamat jam 1.00 petang.
Tujuan perlaksanaan program adalah memperkenalkan AKRAB UPM (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia) sebagai medium perantara membantu Pengurus Sumber Manusia di UPM, memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan berkaitan kesihatan mental di kalangan penjawat awam dan memberi latihan berkaitan pengurusan stres dengan betul.
Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Keselamatan dan Pekerjaan (JKKP FEM) bagi menyokong usaha pihak universiti bagi menangani isu berkaitan kesihatan mental di kalangan staf UPM dan kakitangan Fakulti Ekologi Manusia khasnya. Pihak fakulti juga turut berbesar hati kerana berpeluang memberi pendedahan kepada warga FEM sendiri kerana fakulti sememangnya mempunyai ahli di jabatan terdiri daripada pakar dalam bidang psikologi. Para peserta bukan sahaja mendapat manfaat yang berguna di dalam program ini malah penyertaan dalam program ini akan dikira sebagai CPD latihan.
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 25/07/2024 | Kemaskini: 25/07/2024 | rozlita
