|
Kedua-dua sekolah tersebut turut diberikan sijil penyertaan penyelidikan bertajuk “Psychosocial Factors Influence Choice of Study Destination Potential International Students to Study in Malaysia” dengan Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan bertindak sebagai ketua projek. Sijil pengiktirafan ini turut disampaikan kepada pelajar‑pelajar ICBS Payakumbuh yang telah menjadi informan dalam kajian berkenaan, sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka dalam menjayakan penyelidikan tersebut. FEM memperpanjangkan kunjungan mesra ke Universitas Andalas (UNAND) Kampus 2 Payakumbuh yang selain memperkukuh ukhuwah antara kedua‑dua universiti, turut membuka ruang komunikasi lebih erat, menyemai semangat kerjasama dalam bidang akademik dan sosiobudaya, serta meletakkan asas jaringan berterusan pada masa hadapan. Pertemuan ini juga membincangkan peluang kolaborasi berkaitan student mobility, perkongsian geran penyelidikan, serta program tanggungjawab sosial (CSR) yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat di kedua-dua negara. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan secara konsisten pada masa hadapan, sekali gus menzahirkan komitmen FEM UPM dalam memperluas jaringan akademik serantau, menyemarakkan kerjasama antarabangsa, serta menyumbang secara berterusan kepada pembangunan masyarakat melalui pendidikan yang berkualiti dan inklusif. Berita oleh: Mohd Nizam Bin Abdul Aziz |
Tarikh Input: 27/05/2026 | Kemaskini: 27/05/2026 | adlinnorazam
