Bengkel Latihan Untuk Pengajar Kursus SKP3122 Penghayatan Etika Dan Peradaban | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI » Bengkel Latihan Untuk Pengajar kursus SKP3122 Penghayatan Etika Dan Peradaban

AKTIVITI

Tajuk Acara
Bengkel Latihan Untuk Pengajar kursus SKP3122 Penghayatan Etika Dan Peradaban
Tarikh
22 Feb 2023 - 22 Feb 2023
Masa
08.00 - 05.00
Lokasi
Dewan Seminar Al Farabi, Fakulti Ekologi Manusia
Ringkasan Acara
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) akan mengadakan Bengkel Latihan Untuk Pengajar kursus SKP3122 Penghayatan Etika Dan Peradaban.

Untuk makluman, kursus SKP3122 ini merupakan salah satu kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) yang ditawarkan pada setiap semester di UPM di bawah pengendalian Jabatan Pengajian Kenegaraan & Ketamadunan (JPKK), Fakulti Ekologi Manusia (FEM). Atas keperluan semasa, pengajaran kursus ini akan dibuka kepada semua staf akademik di UPM. Pengajaran kursus ini adalah secara sukarela (tiada pembayaran tetapi kredit pengajaran dikira).

Bagi tujuan tersebut, JPKK, FEM akan melaksanakan Bengkel Latihan Untuk Pengajar kepada staf akademik yang berminat bagi membolehkan mereka menjadi tenaga pengajar kursus ini pada semester akan datang. Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

Tarikh : 22 Februari 2023 (Rabu)

Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

Tempat : Dewan Seminar Al Farabi, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
(Penyertaan adalah percuma. Terhad kepada 30 pendaftaran terawal. Sijil diberikan kepada peserta bengkel.)

Staf akademik yang berminat untuk menjadi tenaga mengajar perlu menyertai bengkel ini dan diminta melengkapkan borang pendaftaran menerusi pautan di bawah. Tarikh akhir pendaftaran adalah pada 17 Februari 2023 (Jumaat).


Pautan pendaftaran: https://forms.gle/ryuje2WNbiwvzBWJ7

Sekian, terima kasih.



Kemaskini:: 13/02/2023 [harnita_upm]

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXFYMAW~