Program Komuniti Pengguna Pintar Melalui Komunikasi Dan Multimedia | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Program Komuniti Pengguna Pintar Melalui Komunikasi Dan Multimedia

Program Komuniti Pengguna Pintar Melalui Komunikasi Dan Multimedia

 

Oleh : Dr Zuroni Md Jusoh

          Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna

 

 

BANGI, 14 April - Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia  (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna , Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Komuniti Kampung Rinching Hilir, Semenyih Selangor dan pihak Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah berjaya menganjurkan Program Komuniti Pengguna Pintar Melalui Komunikasi dan Multimedia pada 14 April 2019 di Sekolah Rendah Agama Kampung Rinching Hilir, Bangi, Selangor. Pihak CFM telah membiayai program ini sebanyak RM 10,000.00. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr Faridah Binti Hj Hassan iaitu Naib Presiden MACFEA.

Matlamat program dijalankan adalah bagi memberi pengetahuan dan kesedaran berkenaan penggunaan perkhidmatan komunikasi dan multimedia, meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengguna dalam aspek perlindungan pengguna, melahirkan pengguna yang celik teknologi maklumat (IT) dan berdaya saing dalam era globalisasi dan ledakan maklumat dan akhir sekali mewujudkan rangkaian kerjasama di antara MACFEA, Kampung Rinching Hilir, CFM dan UPM serta mengukuhkan jalinan hubungan bersama agensi-agensi berkaitan bagi mencapai matlamat pembentukan pengguna pintar IT.

Beberapa aktiviti telah dilaksanakan dalam program ini iaitu ceramah oleh CFM, sesi forum, bengkel multimedia dan pertandingan video pendek bagi mencapai matlamat program. Melalui aktiviti satu hari ini, diharapkan dapat memberi input yang berguna dan bermanafaat kepada semua peserta yang hadir khususnya fenomena penipuan scam yang sering berlaku dalam kalangan pengguna perkhidmatan komunikasi di Malaysia. Hasil daripada program ini diharapkan dapat memberi kesan dan impak yang baik kepada kesemua para peserta program terutamanya pengetahuan dan kesedaran berkaitan komunikasi dan multimedia ke arah pembentukan pengguna pintar. Akhirnya, Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Ustaz Hasanudin Bin Mohd Yunus, Ahli Parlimen P101, Hulu Langat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Date of Input: 10/05/2019 | Updated: 15/05/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1569270482