Oleh: Puan Norhawati Saarani
SERDANG, 30 Ogos 2018 - Fakulti Ekologi Manusia telah mengadakan Program Gotong Royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018) pada 30 Ogos 2018, Khamis di ECO1 dan Jabatan Muzik, FEM.
![]() |
![]() |
Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah untuk membersihkan persekitaran ECO1, Jabatan Muzik, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah fakulti. Ianya adalah sebagai persiapan sempena kemasukan pelajar FEM sesi 2018/2019.
![]() |
![]() |
Seramai lebih 50 orang staf termasuk pegawai akademik, pegawai tadbir, pegawai pelaksana dan pembantu penyelidik terlibat di dalam program gotong royong pada kali ini.
![]() |
![]() |
Date of Input: 05/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | rozlita