Oleh: Cik Dini Maryani Ishkandar El-Rahimin
JOHOR BAHRU, 25 & 26 Ogos 2018 - Fakulti Ekologi Manusia telah menghantar wakil ke Postgraduate Education Fair 2018 yang diadakan di Persada Johor International Convention Centre. Pameran ini diadakan bagi mempromosikan program siswazah yang ditawarkan di setiap universiti awam dan swasta.
![]() |
![]() |
Antara yang terlibat bagi mempromosikan program siswazah UPM ialah Sekolah Pengajian Siswazah, Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi, Fakulti Ekologi Manusia, Fakulti Pertanian, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Fakulti Ekonomi & Pengurusan dan Fakulti Perhutanan.
![]() |
![]() |
Post Graduate Education Fair 2018 dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. S Ramakrishnan, Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Johor.
Date of Input: 04/09/2018 | Updated: 28/09/2018 | rozlita