Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» NEWS » Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park

Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park

Oleh:  Dr. Askiah Jamaluddin
          Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, FEM



SABAH - Pada 14 sehingga 25 Oktober 2019 satu program kajian saintifik iaitu Borneo Geographic Expedition 2019: Kadamaian-Kinabalu Park telah dianjurkan oleh Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Universiti Malaysia Sabah bersama Sabah Park. Tujuan program ini adalah untuk melakukan kajian inventori flora dan fauna yang terdapat di kawasan Kadamaian. Ia juga bertujuan untuk meneroka sumber alam semulajadi yang mempunyai potensi peningkatan ekonomi keluarga dan masyarakat setempat.  Pengarah IBTP iaitu Prof. Madya Dr. Monica Suleiman telah melancarkan program ini yang merupakan program tahun kedua. Pada tahun lepas, mereka menjalankan kajian saintifik di Imbak, Sabah. Kajian sebegini sangat menguji ketahanan fizikal dan mental sebagai seorang saintis. Saintis yang berdaya maju sentiasa mempertingkatkan diri dengan ilmu dan penemuan baharu. Penemuan itu sewajarnya didokumenkan sebagai rujukan saintis dari tempatan dan luar negara.

Date of Input: 04/11/2019 | Updated: 04/11/2019 | rozlita

MEDIA SHARING

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
C1574250985