Event Title
Program Gotong Royong EKSA Fakulti Ekologi Manusia
Date
01 Aug 2022 - 31 Oct 2022
Location
Ruang kerja, zon masing-masing dan persekitaran luar bangunan
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Ekologi Manusia akan mengadakan program gotong-royong bersempena pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang telah dilancarkan di fakulti ini . Program ini adalah bertujuan untuk menambahbaik persekitaran tempat kerja agar sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat. Butiran aktiviti gotong-royong adalah seperti berikut:
Aktiviti Dalaman
Hari : Setiap hari Jumaat
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Fokus utama : Ruang kerja dan zon masing-masing
Tempoh : Berterusan
Aktiviti Luaran
Hari : Setiap hari Sabtu
Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang
Fokus Utama: Persekitaran luar bangunan
Tempoh : Sepanjang bulan Ogos 2022
Sehubungan itu YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk turut serta dalam aktiviti tersebut sepanjang ianya dilaksanakan.
Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Updated:: 13/02/2023 [rozlita]