Event Title
Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018) Fakulti Ekologi Manusia
Date
30 Aug 2018 - 30 Aug 2018
Location
Dataran FEM, (ECO1)
Event Summary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dijemput hadir ke Program Gotong-royong dan Amalan 5S FEM (Siri 3/2018) seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 30 Ogos 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat berkumpul : Dataran, FEM (ECO1)
Pakaian : Sukan @ bersesuaian
Fokus utama program gotong-royong kali ini adalah di persekitaran ECO1, dewan-dewan dan bilik-bilik kuliah fakulti. Ianya adalah sebagai persiapan sempena kemasukan pelajar baharu FEM.
YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan digalakkan membawa peralatan berkebun sendiri seperti cangkul, gunting pokok, penggembur tanah, topi, sarung tangan, tuala kecil dan lain-lain peralatan yang bersesuaian.
Bersama ini di lampirkan poster program untuk rujukan dan perhatian YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan.
Kehadiran serta kerjasama daripada YBhg. Dato'/Prof./Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Updated:: 31/07/2018 [rozlita]