Event Title
'AN EVENING WITH FEM ALUMNI
Date
20 May 2017 - 20 May 2017
Location
Al-Farabi Seminar Hall
Event Summary
Majlis Sepetang Bersama Alumni FEM merupakan sebahagian daripada acara sempena Sambutan Jubli Perak FEM yang diraikan sepanjang 2017. Majlis ini bertujuan untuk membawa alumni kembali ke kampus bagi menyemarakkan semangat kecintaan kepada alma mater. Pertemuan alumni dalam majlis ini di harap dapat menyemarakkan serta menyediakan platform kepada fakulti menyampaikan hasrat dalam menjalinkan kerjasama bersama alumni dalam pelbagai aktiviti anjuran FEM. Majlis ini dilihat tepat pada waktunya dalam usaha mempertingkatkan hubungan dan jaringan (netwoking) dengan para alumni bagi memacu kecemerlangan universiti. Majlis sebegini juga dapat memberi ruang kepada alumni untuk menyuarakan pandangan serta idea sekaligus meluaskan jaringan serta menarik minat mereka untuk memberi pelbagai bentuk sumbangan kepada fakulti secara berterusan. Justeru itu, Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Pusat Alumni UPM bercadang untuk mengadakan Majlis Sepetang bersama Alumni FEM bagi memenuhi hasrat fakulti dalam menjalinkan kerjasama bersama alumni FEM dan Pusat Alumni UPM.
![]()
Updated:: 10/09/2019 [rozlita]