Audit Semakan Kendiri 2018 (Peringkat FEM) Bagi SPK (QMS) ISO 9001:2015 | FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
» AKTIVITI »

Tajuk Acara
Audit Semakan Kendiri 2018 (Peringkat FEM) bagi SPK (QMS) ISO 9001:2015
Tarikh
26 Feb 2018 - 27 Feb 2018
Masa
08.30 - 04.00
Lokasi
Semua Jabatan/Bahagian FEM
Ringkasan Acara
Assalamualaikum/Salam Sejahtera YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan, AUDIT SEMAKAN KENDIRI 2018 (PERINGKAT FEM) BAGI SPK (QMS) ISO 9001:2015 Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Dalaman UPM bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 akan dilaksanakan pada 26 - 29 Mac 2018 dan 2 - 5 April 2018. Sehubungan itu, bagi memastikan seluruh warga FEM bersedia untuk menghadapi sesi audit dalaman UPM tersebut, satu Sesi Audit Semakan Kendiri Peringkat FEM di seluruh jabatan/bahagian FEM akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh : 26 - 27 Februari 2018 (Isnin & Selasa) Masa : 8.30 Pagi - 4.00 Petang Lokasi Audit : Semua Jabatan/Bahagian FEM Justeru, mohon jasa baik semua warga FEM untuk melengkapkan fail dan dokumen yang berkaitan bagi memastikan kecukupan keperluan SPK MS ISO 9001:2015. Rujukan serta panduan semakan prosedur ISO boleh disemak melalui Laman Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UPM (http://reg.upm.edu.my/eISO/). Di atas perhatian dan kerjasama semua berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Kemaskini:: 16/08/2018 [rozlita]

FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXDcWAA~