Projek Agihan Buku Waqaf Dan Pelancaran Buku | FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
» ACTIVITIES »

Event Title
Projek Agihan Buku Waqaf dan Pelancaran Buku
Date
09 Apr 2021 - 09 Apr 2021
Time
03.00 - 05.00
Location
Dewan Seminar Al-Farabi, FEM
Event Summary
Projek pemindahan ilmu ini adalah projek jaringan komuniti anjuran Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia dengan kerjasama Multaqa Asatizah dan Du’at akan di adakan pada: Tarikh : 9 April 2021 (Jumaat) Masa : 3.00 ptg. Tempat : Dewan Seminar Al-Farabi, FEM boleh ditonton melalui live FB FEM http://www.facebook.com/UPMEco Menurut Pengarah Projek, Ybhg. Prof Madya Dr. Ku Hasnita Ku Samsu, agihan buku waqaf bertajuk “Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf” yang merupakan inisiatif ahli Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan ini dilaksanakan untuk membantu golongan muallaf mendalami serta menambahkan ilmu pengetahuan mereka berkaitan agama Islam. Golongan muallaf adalah golongan yang baru menganut agama Islam. Mereka berhijrah dari agama asal kepada agama Islam. Pelbagai cabaran dihadapi oleh golongan muallaf. Antara cabaran itu adalah cabaran kehidupan, hukum hakam agama dan cabaran hubungan kekeluargaan dengan keluarga yang masih belum Islam. Buku ini diharapkan dapat menjadi sumber tambahan kepada pertubuhan dakwah dalam menyantuni dan berinteraksi dengan golongan muallaf. Buku ini akan diagihkan kepada wakil pertubuhan dakwah terpilih di Malaysia untuk diedarkan kepada para muallaf yang berada di bawah naungan mereka serta untuk digunakan dalam program dan kuliah bimbingan bersama golongan muallaf. Sekian, terima kasih. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Prof. Madya Ku Hasnita Ku Samsu Pengarah Projek Agihan Buku Waqaf Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Selangor No.Tel: 019-2197677 E-mel: hasnita@upm.edu.my

Updated:: 05/04/2021 [rozlita]

FACULTY OF HUMAN ECOLOGY
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03.9769 7051
03.8943 5385
SXEUNAj~